Friday, July 25, 2008

Kegemaran Saya

Hai! Saya kembali lagi setelah beberapa hari tidak menulis blog. Sekarang ini saya ingin memberitahu anda semua tentang kegemaran saya yang kedua... Kegemaran saya yang kedua ini adalah salah satu daripada 3 sukan kegemaran saya yang saya akan ceritakan kepada anda nanti. Sukan ini adalah bermain 'rock climbing'. Saya memilih sukan ini kerana pada saya ia boleh membina dan meningkatkan keyakinan diri. Keyakinan diri yang telah saya kumpulkan selama ini boleh saya gunakan untuk menyediakan diri saya untuk lisan dan juga jikalau anda berada di atas pentas. Saya selalu mengambil kursus 'rock climbing' ini pada setiap hari Sabtu. Jadi untuk meningkatkan keyakinan diri anda, saya syorkan kepada anda untuk mengambil kursus ini atau kursus-kursus yang lain di mana anda ingat ia boleh meningkatkan keyakinan diri anda atau mungkin keinginan anda yang lain?

Saturday, July 19, 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran saya ialah untuk membaca. Saya membaca banyak buku. Tidak kiralah buku, majalah ataupun di surat khabar. Membaca pada saya adalah perkara yang mesti. Setiap manusia di dalam dunia ini harus tahu bagaimana caranya untuk membaca. Tetapi, yang paling mustahak sekali, setiap manusia harus pandai memahami. Maksud saya dalam memahami ialah, jikalau kita tahu membaca tetapi tidak tahu memahami, apa yang kita sudah baca juga tidak dapat dimasukkan ke dalam kepala kita. Bak kata pepatah melayu kita, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Jadi, kegemaran saya yang pertama sekali ialah membaca!

Wednesday, July 9, 2008

Pengenalan

Salam Sejahtera & Selamat Datang ke lelaman blog saya!

Nama saya Ellie Nadhira dan saya adalah seorang pelajar dari Sekolah Rendah Fuhua...